Ahad 8 Februari 2009
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.mahathir mohamad 180108Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama."Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian."Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan."Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.
Untuk berita lanjut,sila klik disini
Malaysiakini Preview : Berita Utama
Malaysiakini Preview : News
当今大马 Preview : News In Chinese version
Malaysiakini Preview : Kolum
Malaysiakini Preview: Pendapat
Malaysiakini Preview: Minda Editor
Malaysiakini Preview: Surat
MalaysiaKini Online Preview - Bantahan peralihan kuasa di Perak berterusan
Ahad 8 Februari 2009
Bantahan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak berterusan apabila kira-kira 300 orang mengadakan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh malam tadi.candle light vigil in perak 070209 04Apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy dengan dikawal pihak keselamatan, kedengaran laungan kuat 'mengboo' dan mengejek.Tanpa menghiraukan semua itu, Dr Zambry terus berjabat tangan mereka yang menyambut ketibaannya di majlis berkenaan dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Rela.
Untuk berita lanjut, sila klik disini

Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian
Sumber dalam Laman blog ini bukan hak milik pemilik blog Malaysiakini online ini.Pemilik Blog Malaysiakinionline.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap setiap sumber yang wujud dalam laman ini. Segala sumber adalah tanggungjawab dan hak milik pemilik sumber asal.